Gadis hilang sejak 4 hari lalu, polis percayai mangsa ikut teman lelaki secara rela hati, tanpa paksaan | The Reporter

Gadis hilang sejak 4 hari lalu, polis percayai mangsa ikut teman lelaki secara rela hati, tanpa paksaan

Seorang gadis berusia 20 tahun dilaporkan hilang, dipercayai keluar daripada rumahnya untuk mengikuti teman lelakinya, sejak Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan gadis itu daripada keluarganya.

Polis percaya, mangsa mengikut teman lelakinya dengan rela hati, tidak berkaitan dengan kesalahan jenayah kerana mangsa bukan di bawah umur.

Berita kehilangan Norashikin Rahim yang menetap di Benut itu, turut tular di media sosial.

Kakaknya, Siti Aishah Ismail, 30, berkata, Norashikini yang merupakan adiknya satu ibu, berlainan bapa itu keluar dari rumah pada jam 10.30 pagi, sehelai sepinggang tanpa pengetahuannya.

“Dia tinggal dengan saya sejak berusia 10 tahun. Dia tidak pernah bersekolah rendah dan juga menengah. Saya bimbang akan keselamatannya kerana dia tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalani dir dan telefon bimbitnya juga tidak dapat dihubungi,” katanya.

Dua beradik itu juga tidak mempunyai sebarang perselisihan. Usaha mencari Norashikin di rumah saudara mara juga tidak berhasil.

Justeru Siti Aishah menyeru adiknya yang hilang sejak empat hari lalu, pulang ke pangkuan keluarga. Malah dia berharap orang ramai dapat membantu mencari adiknya itu.

Sumber: Kosmo! Online

Related Posts