'Saya mohon maaf, gara-gara dakwaan palsu itu ada yang tidak mahu membeli beras tersebut' - Lelaki akui sebar dakwaan palsu mengenai beras plastik | The Reporter

‘Saya mohon maaf, gara-gara dakwaan palsu itu ada yang tidak mahu membeli beras tersebut’ – Lelaki akui sebar dakwaan palsu mengenai beras plastik

Beberapa hari lalu, seorang lelaki mendakwa beras tempatan yang dibelinya daripada sebuah pasar raya adalah beras plastik.

Perkara itu disedarinya selepas dia mendapati beras tersebut yang dijadikan seperti bebola nasi, tidak pecah apabila dibaling ke lantai dan melantun seperti bola ping pong.

Tidak berpuas hati dengan penemuan itu, pengadu merakam dan menularkan video tersebut di TikTok, sekali gus meraih perhatian ramai.

Susulan itu, pihak Kawal selia Padi dan Beras (KPB) tampil melakukan siasatan dan sampil beras berkenaan turut diambil untuk tujuan analisa.

Ketua Cawangan KPB Sandakan, Mohamad Saiful Nizam Adnan berkata, pihak peruncit dan pembekal jenama beras tersebut turut tampil membuat aduan rasmi kepada pihaknya.

“KPB sama sekali menangkis dakwaan terdapat beras plastik di pasaran khususnya di kawasan Sandakan. Ini kerana setiap kemasukan beras import di pelabuhan, Bernas akan membuat ujian makmal terlebih dahulu bagi memeriksa keselamatan beras, serta sijil keselamatan perlu dikemukakan oleh negara pengeksport,” katanya.

Bagaimanapun, lelaki yang membuat dakwaan tersebut tampil memohon maaf dan mengakui dakwaan yang ditularkan itu adalah palsu.

@lahaddatuinfo1

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Beliau memohon maaf atas membuat video berkaitan beras plastik baru2 ini.

♬ original sound – Lahad Datu info. – Lahad Datu info.

“Saya bernama Muhammad Azmi dengan ini memohon maaf kepada yang telah melihat video saya sebarkan (dakwaan) beras plastik itu.

“Saya memohon maaf kepada semua syarikat yang terbabit, yang terkesan dengan dakwaan itu yang sebenarnya tidak betul. Gara-gara dakwaan palsu itu, sampai ada yang tidak lagi membeli beras tersebut,” katanya.

Difahamkan, pihak syarikat berkenaan menerima permohonan maaf lelaki itu dan memberi amaran agar tidak mengulanginya yang boleh menimbulkan kegusaran orang awam.

Sumber: Harian Metro, TikTok

Related Posts