Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Fenomena air Sungai Pahang cetek dan kering hingga membentuk beting pasir luas menjadi tular baru-baru ini berikutan kurangnya hujan di daerah ini sejak bulan lalu.
Kejadian ini dianggap luar biasa kerana dikatakan tidak pernah berlaku sebelum ini. Keadaan itu menyebabkan kerugian kepada pengusaha projek ternakan ikan sangkar di beberapa kampung tradisional, yang tidak pernah menduga jajaran Sungai Pahang akan mengering.
Seorang pengusaha ternakan ikan sangkar bagaimanapun mendakwa, keadaan yang dihadapi ketika ini lebih teruk berbanding fenomena pada tahun 1996.
Pelbagai spekulasi mula timbul apabila tular gambar dan video-video berkenaan fenomena ini.



Ada yang mendakwa kejadian ini berlaku dek kerana pembalakan yang tidak terancang.
Walau bagaimanapun, satu perkongsian di Facebook pernah mendedahkan fenomena ini telah berlaku pada tahun 1989. Gambar yang dikongsikan melalui group Malaysiaku Dulu-Dulu menunjukkan air sungai Pahang surut dan hampir kering.

Sumber: Buletin Utama, Harian Metro, Malaysiaku Dulu-Dulu








