'Dasyat bai, tingkat 15 niaga nasi ayam gepuk' - Wanita terkilan, bisnes ayam gepuk dari rumah terpaksa dihenti selepas ditularkan | The Reporter

‘Dasyat bai, tingkat 15 niaga nasi ayam gepuk’ – Wanita terkilan, bisnes ayam gepuk dari rumah terpaksa dihenti selepas ditularkan

Sumber gambar: Oh Media

Awal Julai lalu, seorang individu berkongsi gambar keadaan luar kediaman seorang penghuni pangsapuri di Kuala Lumpur, yang dipenuhi dengan penghantar makanan yang sedang menunggu pesanan pelanggan disiapkan.

“Dasyat bai, tingkat 15 rumah buat kedai jual nasi ayam gepuk. Rider-rider collect order. Kena lif rosak, rider rela naik tangga. Order banyak masuk,” kata Az Wan menerusi hantaran di Facebook Group.

Sumber gambar: Oh Media

Gambar itu tular meluas di media sosial yang mengundang pelbagai reaksi orang ramai. Ada yang memberi reaksi positif, tidak kurang juga yang mengeji.

Beberapa hari kemudian, peniaga berkenaan, Mawaddah Abu Bakar tampil memberi penjelasan mengenai perniagaan Ayam Gepuk miliknya, susulan mendapat banyak reaksi negatif.

“Terima kasih atas sokongan semua. Untuk yang negatif tu, lif ada tiga dan tak pernah rosak semua. Tak baik bohong.

“Saya tak jual di rumah kalau orang nak beli. Bila orang lain buat homebased jual roti dan kek, saya cubalah nasib jual nasi.

“Saya jual murah daripada orang lain untuk bantu sesama manusia. Berdosakah saya? Jahat ke saya jual online macam suri rumah yang lain? Memang susah sangat ke orang lokal Malaysia macam saya nak cari makan?

“Saya jual nasi bukan nak kaya tapi nak sara mak dan adik-adik OKU lagi,” katanya.

Sumber gambar: Oh Media

Tidak lama selepas itu, Mawaddah memaklumkan perniagaannya terpaksa ditutup kerana mendapat aduan daripada orang awam.

“Akhirnya perniagaan saya tumbang. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) datang, cakap ada orang report selepas viral,” ujarnya.

Walaupun begitu, dia menerima ketentuan itu dengan reda dan menganggap ia sebagai ujian daripadaNya.

Sumber gambar: Oh Media

“Mungkin Allah mahu mengajar saya erti kesabaran dan ketabahan di atas dosa saya berniaga di rumah. Saya redha. Saya akan bawa ibu dan adik OKU saya balik kampung dulu. Minggu depan kami akan bangkit,” katanya.

Sumber: Facebook

Related Posts