Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Sepasang kekasih muda dikesan melakukan hubungan intim dalam kelas tanpa menyedari perbuatan mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV), menyebabkan pelajar lain menonton kejadian itu pada masa sebenar, lapor portal ETtoday.
Kejadian itu berlaku pada jam 3.49 petang, 30 Mei lalu di Kolej Vokasional Yong, di Bandar Yantai, Wilayah Shandong, China.
Semasa remaja lelaki itu sedang dalam proses menanggalkan pakaian, gadis berkenaan yang baring tanpa seurat benang di atas meja dipercayai menyedari kamera CCTV menghala ke arah mereka. Tetapi dia tidak pasti sama ada kamera itu berfungsi atau tidak.
Pelajar lelaki itu hanya menyedari perbuatan mereka dirakam selepas ternampak kamera tersebut dan dia terus berbisik kepada teman wanitanya untuk bersembunyi di bawah meja. Namun, semuanya sudah terlambat.
Sementara itu, sekurang-kurangnya tiga pelajar lelaki mengaku menonton adegan pasangan itu dan mendakwa diri mereka terhibur.
Selepas remaja lelaki itu menyuruh pasangannya bersembunyi di bawah meja, dia memakai seluar dan berjalan ke kamera untuk menukar sudutnya. Tindakannya itu membuatkan tiga pelajar berkenaan ketawan bersama.
Sumber: Thaiger








