![]() |
| Foto Harian Metro |
Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
KUALA LUMPUR – Tiga akaun bank milik dua bapa saudara kepada dua kanak-kanak yang kematian ibu bapa mereka dalam kemalangan di Lebuhraya Duke dua tahun lalu kekal dibekukan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, lapor Harian Metro.
Mahkamah juga melarang kedua-dua pemohon daripada menjalan sebarang transaksi terhadap akaun-akaun Maybank berkenaan sehingga kes induk berkaitan nafkah diputuskan mahkamah.
Mahkamah juga mengarahkan pihak pengurusan Maybank memberi kerjasama sewajarnya untuk membekalkan dokumentasi berhubung transaksi sumbangan orang ramai ke dalam akaun tersebut. Yusnidah juga diperintahkan melantik akauntan bertauliah untuk mengaudit transaksi sumbangan orang ramai menerusi tiga bank dan laporan itu hendaklah difailkan dua hari sebelum perbicaraan kes induk (nafkah).
Sementara itu, peguam Muhamad Akmal Arif Shamsul Kahar yang mewakili Muhammad Faizznur Asyraf berkata, pihaknya akan memfailkan saman di mahkamah sivil dalam masa terdekat berhubung dakwaan yang dilemparkan terhadap anak guamannya. – The Reporter








