Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Bagi mereka yang masih belum mengetahui apa itu kanser kelenjar atau kanser limfoma, baca penjelasan dari pegawai perubatan ini dengan teliti agar tidak tersalah faham jika kelenjar pada badan anda bengkak. Semoga bermanfaat!
BARU-BARU ini gempar penyanyi Elyana buat pengumuman yang dia menghidap kanser kelenjar (Lymphoma). Susulan pengumuman itu, ramai rakyat Malaysia yang tak pernah tahu atau dengar tentang kanser ini, jadi nak ambil tahu. Aku sendiri ditanya banyak kali, di PM dan juga di klinik ada 3-4 orang patient yang bertanya tentang Lymphoma.
Selain Lymph Nodes, organ-organ lain seperti lima (spleen), Thymus dan Tonsil juga ialah sebahagian dari sistem Lymphatic System.
- Sekeliling jantung
- Sekeliling paru-paru
- Sekeliling abdomen
- Kawasan leher
- Kawasan bahu
- Kawasan ketiak
- Kawasan kelengkang (groin)
- Bengkak biji kelenjar yang tidak sakit walaupun ada minoriti yang mengadu sakit, selalunya melibatkan kawasan Lymph Nodes di sekitar leher, bahu, ketiak dan kelengkang. Kawasan paling biasa terlihat ialah leher dan bahu (sekitar 80-90% kes). Biji kelenjar ini akan membesar dengan cepat atau agak perlahan bergantung kepada jenis Lymphoma.
- Kerap demam, terutamanya demam waktu malam.
- Hilang berat badan.













