Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
AKU teringat ada satu malam, member aku lapar maggi kari. Habis satu blok dia tanya ada tak maggi kari. Tetapi tiada seorang pun yang mengaku ada. Jadi dia balik ke dorm dengan muka sedih.
Kempunan ini adalah konsep menjamah makanan biarpun sedikit bagi masyarakat Melayu lama. Selera seseorang itu tidak boleh dibuat main kerana jika dibiarkan walaupun hati ingin merasainya, pasti akan berlaku malapetaka yang boleh mengakibatkan kematian.
Bagaimanapun, kepercayaan kempunan itu boleh membawa kepada syirik. Contohnya seseorang itu tidak menjamah makanan dan kemudian meninggal dunia. Kemudian ada yang mengatakan “Kalau dia makan dulu, mungkin dia tak mati”.
Tanggapan seperti ini menjadi syirik kerana tidak mempercayai qadaq dan qadar Tuhan. Kesimpulannya, tiada istilah atau konsep kempunan dalam agama Islam.








