Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
“Beri peluang kepada graduan fakulti untuk menjadi pengarah untuk mencungkil bakat,” demikian kata Jimmie Cheng yang mengulas mengenai keempat-empat filem terbitan FiTA Studios yang dianggap sebagai pelaburan yang sia-sia.
Menurutnya, kutipan paling tinggi antara empat filem berkenaan hanya RM350,000 dari filem Anak Mami Nasi Kandaq. Justeru ia menimbulkan persoalan, mengapa pihak berkenaan masih menggunakan khidmat pengarah yang sama, sedangkan mereka boleh cuba mencungkil bakat-kata pelajar mereka.
“Di sebalik berita filem Badang hanya berjaya mengutip RM74,000 di pawagam, aku tengoklah siapa producer dan pengarah filem ini.
“Sejak 2015, FiTA Studios sudah mengeluarkan empat buah filem tempatan, one for each year. Bermula dengan filem Chowrasta 2015 yang dikatakan telah menelan belanja sehingga RM2 juta. Filem ini berjaya mengaut kutipan RM174,000 sahaja.
“Tahun 2016 merupakan tahun paling sukses FiTA Studios kerana filem Anak Mami Nasi Kandaq mendapat kutipan RM350,000. Kos pembikinan filem ini dilaporkan menelan belanja RM1.5 juta.
- Apakah prestasi kewangan anak syarikat UiTM ini? Mengikut pengiraan, mereka telah membelanjakan RM7 juta – RM8 juta untuk kutipan baru RM500K sahaja.
- Kalau untung rugi tak penting, apakah nilai yang diberikan kepada pelajar fakulti FiTA dari segi apresiasi seni filem?
- FiTA Studios tidak pernah menerbitkan filem selain dari arahan A Razak Mohaideen. Penerbit Eksekutif syarikat pula adalah adiknya. Ada ke conflict of interest di sini?
- Adakah FiTA Studios akan terus menggunakan dana UiTM Holdings untuk menghasilkan filem-filem bertaraf Badang dan lain-lain?













