99 warga sekolah alami keracunan makan selepas makan ayam gunting di kantin | The Reporter

99 warga sekolah alami keracunan makan selepas makan ayam gunting di kantin

Foto hiasan sahaja | Sumber foto: Food Panda

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Khamis lalu, seramai 90 pelajar dan sembilan tenaga pengajar di sebuah sekolah menengah di Batu Pahat dilaporkan mengalami keracunan makanan selepas menjamah ayam gunting dan air balang yang dibeli dari kantin sekolah.

Ekoran kejadian itu, pengusaha kantin sekolah ditelah diarahkan menghentikan operasi sementara sejak Jumaat lalu, bagi membolehkan Jabatan Kesihatan Batu Pahat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti puncanya.

Menurut ibu bapa pelajar, anak mereka jatuh sakit selepas makan ayam gunting dan air baling.

Lapor Harian Metro, daripada 99 individu, hanya 11 individu sahaja yang menerima rawatan pesakit luar, manakala yang selebihnya berkemungkinan hanya mengalami simptom yang ringan sahaja.

Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) masih menunggu laporan kimia dari sampel ayam goreng yang disyaki menjadi punca keracunan makanan.

Keputusan dijangka akan diperoleh dalam masa dua atau tiga hari lagi.

Sumber: Harian Metro (Omar Ahmad, Jasmine Shadiqe)

Related Posts