Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Satu hantaran video tular di TikTok yang memaparkan video konten seorang pemandu bas dipuji ramai.
Pemandu bas berkenaan yang dikenali sebagai Noe Murillo dari Los Angeles berkongsikan rutin harian beliau sebagai seorang pemandu bas.
Selain itu juga, beliau turut merakamkan aktiviti sehariannya.
Namun, apa yang membuatkan netizen tertarik dengan konten-konten video yang dimuat naik, Murillo menjaga privasi pelajar sekolah rendah mahupun menengah dengan mengaburkan wajah-wajah mereka serta menjaga jarak selamat.
Di awal pagi sebelum memulakan kerja, beliau dilihat memeriksa terlebih dahulu keadaan tayar bas, brek kenderaan, dan mencatat keadaan bas dalam satu laporan sebelum mengambil pelajar-pelajar sekolah.
Sementara menunggu waktu pulang pelajar-pelajar sekolah, beliau merakam momen menjalankan pelbagai aktiviti.
Usai sahaja menghantar pulang semua pelajar, Murillo mula membersihkan bas dan mengutip sampah-sampah yang ditinggalkan.
Dalam pada itu, ramai yang memuji konten yang dibuat oleh pempengaruh berkenaan. Kata mereka, konten sebegini yang patut dipertontonkan buat umum.








