80K unit Dendeng Nyet Berapi habis dijual dalam masa 3 minit! Khairul Aming raih keuntungan lebih RM1 juta - The Reporter

80K unit Dendeng Nyet Berapi habis dijual dalam masa 3 minit! Khairul Aming raih keuntungan lebih RM1 juta

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Pencipta kandungan, Khairul Aming, dilaporkan berjaya menjual 80,000 unit produk baharunya Dendeng Nyet Berapi dalam siaran langsung di aplikasi TikTok kira-kira jam 9 malam tadi.

Menurut usahawan muda itu, kesemua stok berjaya dijual dalam masa 3 minit 39 saat. Malah usaha pembikinan produk kedua jenama Khairulaming itu juga berjaya mencatat jualan lebih dari RM1.40 juta.

Dalam siaran langsung yang dibuat di kilangnya di Kota Bharu, Kelantan, Khairul Aming turut memberi penghargaan kepada lebih 100 kakitangannya bersama menjayakan produk baharu itu.

Sementara itu di ruangan komen, ramai pengguna mendakwa mereka tidak berjaya mendapatkan produk tersebut berikutan kegagalan sistem TikTok yang didakwa mengalami ralat dan tidak mampu menampung kemasukan pengguna yang terlalu ramai dalam siaran langsung itu.

Ada netizen bertanya bila stok baru akan dibuka untuk jualan. Jelas Khairul Aming, buat masa ini pihaknya perlu menyelesaikan semua pesanan yang telah dibuat oleh pelanggan pada malam ini sebelum membuat stok baru.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!