'80% kes sabitan dadah, penjara Machang paling sesak di Malaysia' - Saifuddin | The Reporter

‘80% kes sabitan dadah, penjara Machang paling sesak di Malaysia’ – Saifuddin

Penjara Machang
Gambar: Facebook Saifuddin Nasution Ismail

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan Penjara Machang, Kelantan mencatat kadar kesesakan tertinggi di negara ini apabila menempatkan 3,184 banduan, melebihi dua kali ganda kapasiti asal iaitu 1,560 orang.

Memetik laporan dari Sinar Harian, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, 80 peratus daripada banduan tersebut terlibat dalam kes berkaitan dadah.

“Semua banduan di Penjara Machang adalah kes sabitan dan 80 peratus daripadanya melibatkan kesalahan berkaitan dadah,” katanya.

Penjara Pengkalan Chepa ujarnya turut berdepan situasi sama apabila menempatkan 2,977 banduan berbanding kapasiti 1,500 orang, dengan 65 peratus daripadanya kes dadah.

“Negara mempunyai 43 buah penjara dan Penjara Machang adalah yang paling sesak. Penjara Pengkalan Chepa juga berdepan situasi sama apabila menempatkan 2,977 banduan berbanding kapasiti asal hanya 1,500 orang.

“Daripada jumlah itu, 65 peratus merupakan banduan kes berkaitan dadah sama ada reman atau sabitan,” katanya

Tambahnya, situasi ini menunjukkan penyalahgunaan dan pengedaran dadah di Kelantan sangat membimbangkan. Statistik tahun 2022, 2023 dan suku pertama 2024 menunjukkan peningkatan konsisten dalam tangkapan, reman dan sabitan kes dadah, dengan Kelantan mencatat kadar tertinggi di negara ini iaitu lebih 1,000 kes bagi setiap 100,000 penduduk, berbanding purata nasional sebanyak 566 kes.

Related Posts