Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kajian Pew Research Center menunjukkan 62% rakyat Malaysia percaya bahawa pengaruh politik orang kaya adalah sebab utama jurang ekonomi di negara ini. Ini juga menjadi kebimbangan utama di banyak negara lain yang dikaji.
Laporan bertajuk “Economic Inequality Seen as Major Challenge Around the World” turut mendapati 58% rakyat Malaysia risau keadaan kewangan anak-anak mereka di masa depan akan lebih buruk berbanding mereka sendiri.
“Di Asia-Pasifik, pandangan paling pesimis datang dari Australia, Jepun, dan Korea Selatan, di mana lebih dua pertiga berpendapat anak-anak mereka akan hidup lebih susah. Di Malaysia dan Sri Lanka, ramai juga berfikiran sama,” kata laporan itu.
Dalam kajian tersebut, 70% rakyat Malaysia melihat jurang antara golongan kaya dan miskin sebagai masalah besar.
Sebanyak 38% berpendapat sistem ekonomi negara perlu diubah sepenuhnya, manakala 48% percaya perubahan besar diperlukan. Hanya 14% merasakan tiada perubahan besar diperlukan.
“Kebanyakan orang yang menganggap jurang antara kaya dan miskin sebagai masalah besar lebih cenderung berfikir bahawa masa depan kewangan generasi muda akan bertambah buruk,” jelas laporan itu.
Statistik utama dari Malaysia
Masalah utama yang dilihat rakyat Malaysia:
- Jurang antara kaya dan miskin: 70%
- Diskriminasi kaum dan etnik: 63%
- Ketidaksamaan hak antara lelaki dan wanita: 48%
- Diskriminasi berasaskan agama: 57%
Punca ketidaksamaan ekonomi menurut rakyat Malaysia:
- Pengaruh politik orang kaya: 86%
- Masalah dalam sistem pendidikan: 78%
- Perbezaan peluang sejak lahir: 73%
- Robot dan komputer menggantikan kerja manusia: 68%
- Diskriminasi kaum: 72%
Kajian ini dijalankan oleh Pew Research Center melalui telefon terhadap 1,005 orang dewasa di Malaysia dari 16 Januari hingga 10 Mac 2024.
Sumber: Malay Mail








