Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Enam individu ditahan kerana disyaki terlibat dengan kes kecurian kereta Ferrari yang ditinggalkan di sebuah pusat cuci kereta.
Difahamkan, salah seorang suspek merupakan anak kepada seorang penyanyi tempatan.
Kejadian yang berlaku pada 17 November lalu itu disedari oleh pekerja mangsa ketika mahu mengambil kenderaan berkenaan dan terus membuat laporan polis.
Memetik laporan dari Harian Metro, kejadian tersebut membabitkan seorang ahli perniagaan berusia 50-an.
Susulan itu, polis telah menahan empat suspek lelaki berusia lingkungan 23 hingga 33 tahun di sekitar Ampang.
“Satu lagi tangkapan susulan dilakukan pada 20 November membabitkan seorang suspek lelaki berusia 38 tahun,” katanya.
Menurutnya, hasil soal siasat ke atas suspek, polis menemukan semula kereta Ferrari berkenaan di kawasan parkir sebuah apartment di Taman Tunku, Kuala Lumpur pada 23 November.
Dalam pada itu juga katanya, seorang wanita tempatan berusia 40-an ditahan bagi membantu siasatan mengikut 379 Kanun Keseksaan.
“Seorang suspek mempunyai dua rekod kesalahan dadah dan ujian dadah ke atasnya mendapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine, manakala suspek lain tiada rekod lampau,” katanya.
Selain itu, polis turut merampas antaranya lapan telefon pintar dan empat buah kereta jenis Ferrari, Naza Suria, BMW XS, dan BMW.
Sumber: Polis Selangor,Harian Metro








