55% rakyat Singapura mahu berpindah ke JB untuk kurangkan kos sara hidup | The Reporter

55% rakyat Singapura mahu berpindah ke JB untuk kurangkan kos sara hidup

Foto hiasan sahaja

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Dalam satu kajian yang dijalankan, ramai penduduk di Singapura memilih jawapan ‘Ya’ untuk berpindah ke Johor Bahru (JB) berbanding jawapan ‘tidak’.

55 peratus daripada 1,548 responden memilih jawapan ‘Ya’ bagi soalan “Adakah anda akan berpindah ke JB untuk mengurangkan kos sara hidup yang tinggi di Singapura” di laman answers.sg, berbanding baki 45 peratus menjawab ‘tidak’.

Bagaimanapun hasil kajian tersebut tidak mengejutkan kerana Singapura dikenali sebagai salah satu bandar yang kos sara hidupnya paling tinggi di dunia.

Walaupun golongan kaya seperti pengasas bersama Facebook, Eduardo Saevrin, yang mungkin tidak menghadapi masalah tersebut, tetapi bagi mereka yang kurang berkemampuan terpaksa berusaha lebih keras. Ada sesetengah daripada mereka terpaksa menetap di JB sambil bekerja di Singapura.

Rumah terlalu mahal

Tinjauan di media sosial mendapati, netizen mengakui kos pemilikan rumah di Singapura sangat tinggi, menjadi alasan mereka untuk berpindah ke JB. Selain itu, matawang Singapura dapat dimanfaatkan dengan lebih baik di JB berbanding Singapura.

Menurut Numbeo, pangkalan data kos sara hidup terbesar di dunia memaklumkan, kos sara hidup di JB tidak termasuk sewa, kira-kira 66.1 peratus lebih rendah daripada di Singapura. Jika termasuk sewa, kos sara hidup di JB lebih murah, 74.6 peratus lebih rendah daripada Singapura. Sewa rumah di Singapura adalah 87.3 peratus lebih tinggi daripada di JB.

Namun, angka tersebut belum termasuk kos makan minum yang lebih mahal di Singapura berbanding JB. Kos barang runcit di JB adalah 52.3 peratus lebih rendah daripada di Singapura. Dan harga makanan restoran hampir 60 peratus lebih rendah.

Sebagai contoh, satu hidangan McDonald’s bernilai S$10 (RM32.57)di Singapura, tetapi hanya berharga $5.12 (RM16.67) di JB. Manakala secawan kopi cappuccino berharga S$6.35 (RM20.68) di Singapura, hanya berharga S$3.94 (RM12.83) di JB.

Dalam laporan yang sama menyatakan, seseorang itu memerlukan kira-kira S$3,047.70 (RM9,925.05) sebulan untuk menetap di JB bagi mencapai taraf hidup yang berharga S$12,000 (RM39,078) di Singapura, termasuk sewa.

Sumber: The Independent Singapore

Related Posts