5 wanita Thailand mengaku bersalah kerana menyundal di Bahau, didenda RM4,000 setiap seorang - The Reporter

5 wanita Thailand mengaku bersalah kerana menyundal di Bahau, didenda RM4,000 setiap seorang

Sumber gambar: Kosmo! Online

Lima wanita warga Thailand mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan persundalan pada Oktober lalu, dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM4,000 setiap seorang, oleh Mahkamah Majistret Bahau, semalam.

Majistret Norshazwani Ishak menjatuhkan hukuman tersebut selepas kesemua tertuduh iaitu, Uraiwan Pranomsri, Plumchit Multongka, Weena Chitarka, Suthirak Machalerm dan Kanittha Udtib, berumur antara 25 hingga 41 tahun, mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa.

Mengikut pertuduhan, pada sekitar jam 5 petang, 18 Oktober lalu, kesemua tertuduh didakwa telah mencari pelanggan untuk tujuan persundalan di sebuah premis di Bahau.

Tertuduh didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.

Mereka juga telah mengaku bersalah atas pertuduhan melanggar syarat pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai tukang urut pada waktu, tarikh dan masa yang sama.

Oleh itu, mereka telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 yang boleh didenda tidak lebih daripada RM1,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM1,000 setiap seorang bagi pertuduhan tersebut.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Farahidah Zool Beri, manakala lima wanita tersebut diwakili oleh peguam Roslaili Alias.

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!