5 nelayan maut selepas minum cecair dari botol misteri ditemui terapung di laut | The Reporter

5 nelayan maut selepas minum cecair dari botol misteri ditemui terapung di laut

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Lima nelayan Sri Lanka dilaporkan maut dan tiga lagi berada dalam keadaan kritikal selepas minum minuman dari botol misteri yang ditemui terapung di laut.

Tentera Laut Sri Lanka baru-baru melaporkan lima nelayan maut selepas mengambil cecair yang tidak diketahui daripada botol yang ditemui di laut, sekitar 320 batu nautika dari Tangalle, bandar di pantai selatan Sri Lanka.

Tidak jelas beberapa banyak botol misteri yang ditemui oleh nelayan berkenaan, namun jurucakap Tentera Laut memberitahu wartawan botol yang tersebut mengandungi sejenis alkohol.

Botol-botol itu kemudian dikongsi di kalangan nelayan kapal bernama Devon dan tidak beberapa lama kemudian, ada di antara mereka mula mengadu sakit.

Walaupun sebahagian mereka sempat menerima rawatan dari kakitangan perubatan Tentera Laut Sri Lanka, lima daripada mangsa telah meninggal dunia.

Kejadian itu mencetuskan protes di mana keluarga mangsa menyalahkan Jabatan Perikanan dan Sumber Akuatik Sri Lanka di atas kejadian itu. Bagi mereka, kesemua mangsa sepatutnya dibawa pulang ke darat untuk mendapatkan rawatan yang betul di hospital.

Pihak berkuasa kini sedang menyiasat kandungan botol misteri tersebut bagi mengenal pasti punca kematian mangsa.

Sumber: Oddity Central

Related Posts