5 lelaki ditahan, disyaki melakukan serangan seksual terhadap remaja perempuan di asrama | The Reporter

5 lelaki ditahan, disyaki melakukan serangan seksual terhadap remaja perempuan di asrama

5 lelaki ditahan kerana disyaki merogol remaja perempuan
Gambar sekadar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Lima lelaki ditahan oleh pihak polis selepas disyaki terlibat dalam kes serangan seksual terhadap seorang remaja perempuan bawah umur di sebuah asrama di sini, pada Isnin.

Timbalan Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, kejadian itu terbongkar selepas ibu mangsa membuat laporan apabila anak perempuannya tidak pulang ke rumah selepas waktu persekolahan tamat pada jam 1.30 tengah hari.

Siasatan awal mendapati, mangsa pada mulanya keluar bersama teman lelakinya di sekitar kawasan Batu Gajah, sebelum berkenalan dengan seorang lelaki baharu. Lelaki tersebut kemudiannya mengajak mangsa pergi ke sebuah asrama yang turut didiami lima lelaki lain.

Lelaki itu kemudian membawa mangsa keluar makan sebelum menawarkan tempat berehat di sebuah bilik kosong di asrama berkenaan. Namun, beberapa ketika kemudian, lima lelaki lain masuk ke bilik tersebut dan melakukan serangan seksual secara beramai-ramai.

Polis menemui mangsa pada keesokan harinya (Selasa) di asrama tersebut dan membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Gajah untuk diambil keterangan.

Berdasarkan keterangan yang diperoleh, serangan tersebut berlaku pada hari ibu mangsa membuat laporan, sekitar jam 10.22 malam.

Bertindak atas maklumat yang diberikan, polis berjaya menahan lima lelaki berusia antara 18 hingga 27 tahun untuk siasatan lanjut.

Semakan rekod mendapati dua daripada lima suspek berusia 27 tahun mempunyai rekod berkaitan jenayah dan penyalahgunaan dadah.

Kelima-lima suspek kini direman selama enam hari bermula 23 hingga 28 Oktober untuk siasatan di bawah Seksyen 375b Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

Related Posts