Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seramai 430,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang telah menamatkan pengajian di institut pendidikan tinggi (IPT), dikesan tidak pernah membayar pinjaman mereka dengan jumlah terkumpul sehingga kini mencecah RM6 bilion.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, ada di kalangan mereka yang telah menamatkan pengajian berpuluh tahun lalu, tetapi masih belum membayar balik pinjaman tersebut. Menyebabkan jumlah yang terhutang terus meningkat setiap tahun.
Disebabkan itu, pihak PTPTN akan mengambil tindakan susulan terhadap peminjam yang terlibat dan tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang jika perlu.
Kementerian Pendidikan Tinggi juga telah berbincang secara mendalam di peringkat kerajaan, termasuk dalam mesyuarat Kabinet, mengenai langkah-langkah susulan ini. Pengumuman rasmi akan dibuat oleh pihak PTPTN pada masa akan datang.
Walaupun pendekatan yang diambil adalah berhemah, peminjam juga perlu memikul tanggungjawab moral untuk membayar hutang mereka.
Bagi mereka yang menghadapi kesulitan, PTPTN menggalakkan agar datang ke pejabat mereka untuk berkongsi masalah, keadaan dan kesusahan yang dihadapi.
Sumber: Kosmo! Online








