Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Empat orang suspek direman bagi membantu siasatan berhubung insiden pecah rumah seorang usahawan yang dikenali sebagai Kieda Crepe.
Individu- individu berkenaan termasuk dua orang wanita direman enam hari sehingga 11 Jun ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintenden Zulkeflee Sulaiman berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 20 hingga 27 tahun itu ditahan di Jalan Duta, Kuala Lumpur antara jam 9 hingga 10 pagi, Khamis.
Dalam pada itu, polis turut turut merampas barangan kemas bernilai RM40,000 dipercayai milik usahawan tersebut. Sebahagian lagi barang kemas milik wanita berkenaan dipercayai telah dijual oleh suspek.
“Ketika ditahan, kita hanya berjaya merampas barangan kemas bernilai RM40,000 yang mana, kita percaya, suspek telah menjual sebahagian barangan kemas yang telah dicuri.
“Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan terhadap empat suspek berkenaan. Mereka akan direman enam hari untuk membantu siasatan.
“Setakat ini, kita belum dapat memastikan hubungan keempat-empat suspek ini, sama ada pasangan kekasih atau suami isteri,” katanya.
Sementara itu, Zulkeflee menyatakan beliau tidak menolak kemungkinan ada lagi tangkapan dibuat bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian








