Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Polis menahan empat remaja lelaki yang disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun secara bergilir-gilir.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kesemua suspek yang berusia dari 14 hingga 17 tahun itu ditahan secara berasingan di lokasi berbeza, selepas pihaknya menerima laporan polis yang dibuat oleh mangsa, semalam.
Siasatan awal mendapati, mangsa keluar bermandi-manda dengan suspek pertama dan kedua di kawasan air terjun Lata Kinjang, Tapah, 6.30 ptang, Rabu lalu, sebelum dirogol secara bergilir-gilir di dalam kereta.
Pada jam 8.30 malam hari yang sama, mangsa mengikuti suspek pulang ke rumahnya di sekitar daerah Hilir Perak, sebelum dirogol.
Kejadian yang sama berulang selepas mangsa keluar bersiar-siar dengan suspek keempat pada jam 12.30 tengah malam Khamis di mana mangsa dirogol di kawasan semak di Teluk Intan.
Siasatan turut mendapati, dua suspek masih bersekolah dan dua lagi tidak bersekolah dan menafikan terbabit dalam kejadian itu.
Suspek pertama mengaku mengenali mangsa melalui media sosial, dan kemuidian memperkenalkannya kepada tiga lagi suspek lain.
Kesemua suspek kini direman selama tiga hari untuk siasaatn lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.