4 penuntut universiti direman, Pengawal Keselamatan temui bekalan ganja 304 gram dalam bilik - The Reporter

4 penuntut universiti direman, Pengawal Keselamatan temui bekalan ganja 304 gram dalam bilik

Gambar hiasan (Artificial Intelligence)

Polis menahan empat pelajar penuntut universiti awam susulan penemuan ganja dalam bilik mereka di sebuah kolej kediaman di Pagoh, semalam.

Kesemua suspek berusia dari 21 hingga 26 tahun itu ditahan pada jam 2.30 petang, Isnin, kerana disyaki mengedar bahan terlarang itu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihaknya terdahulu menerima makluman daripada pengawal keselamatan UA berkenaan berhubung penemuan ganja tersebut (304 gram) ketika membuat pemeriksaan dalam bilik itu.

Sepasukan anggota polis kemudian dikerahkan ke lokasi dan menemui ganja itu. Keputusan ujian saringan air kencing juga mendapati kesemua suspek positif ganja.

Semua suspek kini direman selama lima hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Polis juga sedang mengenal pasti dari mana suspek memperolehi bekalan ganja.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!