4 Pencuri Bersaudara Telah Ditahan - The Reporter

4 Pencuri Bersaudara Telah Ditahan

BATU PAHAT – Empat wanita termasuk dua remaja yang dirakam mencuri barang dalam sebuah butik di Parit Raja, telah ditahan reman selama empat hari bermula hari ini, lapor Harian Metro
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, empat suspek berkenaan telah ditahan kira-kira jam 8 malam semalam di kawasan yang berasingan, bagi membantu siasatan kes curi dengan menyembunyikan barang curi dalam pakaian dalam, Rabu lalu. 
“Suspek mempunyai talian persaudaraan dan dua daripada mereka berusia 17 tahun, manakala dua lagi berusia 22 dan 24. 
“Kesemua mereka telah dibawa ke Mahkamah Majistret pagi ini bagi mendapatkan perintah menahan reman selama empat hari bagi siasatan lanjut,” katanya. 
Terdahulu, video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam perbuatan empat suspek mencuri barang dalam premis berkenaan tersebar di media sosial sejak Ahad lalu. – The Reporter
Artikel berkaitan:
Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!