4 negeri PN setuju guna logo & tema sama dengan Kerajaan Persekutuan iaitu 'Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan' - The Reporter

4 negeri PN setuju guna logo & tema sama dengan Kerajaan Persekutuan iaitu ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’

Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan
Logo dan tema Hari Kebangsaan 2023

Selepas Terengganu mengumumkan penggunaan logo dan tema seperti yang digunakan oleh Kerajaan Persekutuan, Kelantan, Kedah dan Perlis juga mengumumkan persetujuan yang sama bagi sambutan Hari Kebangsaan yang ke-66.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, tema sambutan hari kebangsaan untuk Kelantan kekal seperti tema Kerajaan Persekutuan iaitu Malaysia Madani Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.

Bagaimanapun, ada sedikit pertambahan di hujungnya iaitu ‘Membangun Bersama Islam’ menjadikan ‘Tekad Perpaduan Penuhi Harapan, Membangun Bersama Islam’.

Begitu juga dengan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang mengatakan logo dan tema diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan tidak menjadi masalah kepada kerajaan negeri.

“Pendirian kita tidak ada isu dalam logo dan tema yang sama kerana sambutan peringkat kebangsaan. Jadi, negeri Kedah ikut sahaja,” katanya.

Walaupun begitu jelas Sanusi, ia tidak bermaksud kerajaan negeri yang diterajui Perikatan Nasional (PN) bersetuju dengan Kerajaan Madani. Sebaliknya ia lebih mementingkan semangt patriotik di kalangan rakyat.

Sementara itu, Kerajaan negeri Perlis turut mengambil keputusan yang sama. Menteri Besarnya, Mohd Shukri Ramli berkata, kerajaan negeri akan menggunakan logo dan tema yang sama seperti Kerajaan Persekutuan.

Terdahulu, Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari, mendakwa empat negeri yang diperintah oleh PN akan menggunakan logo dan tema hari kebangsaan yang berbeza dengan Kerajaan Persekutuan.

Pelancaran logo dan tema mereka itu dibuat kerana tidak bersetuju dengan logo dan tema dari kerajaan persekutuan yang mempunyai Madani.

Sumber: MalaysiaKini, Berita Harian

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!