4 maut, 30 lagi cedera ditembak pelajar lelaki berusia 14 tahun - The Reporter

4 maut, 30 lagi cedera ditembak pelajar lelaki berusia 14 tahun

Kredit foto: Boston 25 News

WINDER, GEORGIA – Dua orang guru dan dua orang pelajar telah kehilangan nyawa mereka dalam tragedi penembakan yang berlaku di Apalachee High School, yang terletak kira-kira 45 batu dari timur laut Atlanta, Georgia.

Tragedi berkenaan juga menyebabkan 30 mangsa yang lain mengalami kecederaan.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 10:20 pagi Rabu, seorang remaja berusia 14 tahun, Colt Grey, melepaskan tembakan di sekolah tersebut. Dua guru dan dua pelajar telah kehilangan nyawa dalam tragedi tersebut.

Suspek yang juga merupakan pelajar di sekolah itu bagaimanapun telah menyerah diri dan akan didakwa atas tuduhan membunuh dan diadili sebagai orang dewasa.

Motif kejadian masih tidak jelas dan belum diketahui sama ada suspek menyasarkan individu tertentu ketika melakukan serangan itu. Kes masih disiasat untuk mengetahui punca sebenar suspek bertindak demikian.

Seorang pelajar berusia 14 tahun berkata, dia sendiri ternampak suspek membawa senjata api bersaiz besar di luar kelas sebelum suspek mula melepaskan tembakan. – Agensi

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!