30 produk Gardenia dilaporkan akan mengalami kenaikan harga sekitar 10 hingga 40 sen, mulai 1 Oktober 2023 - The Reporter

30 produk Gardenia dilaporkan akan mengalami kenaikan harga sekitar 10 hingga 40 sen, mulai 1 Oktober 2023

Produk keluaran Gardenia yang menjadi pilihan ramai, dilaporkan akan mengalami perubahan harga di pasaran bermula Ahad ini, 1 Oktober 2023.

Berdasarkan dokumen yang ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gardenia, Koh Chin Huat itu menyatakan, sebanyak 30 senarai produk yang terlibat.

Antaranya, Gardenia QuickBites Vanila, Chocolate, Corn Cream, Red Bean, Gardenia Sambal Bilis dan lain-lain yang harganya meningkat RM0.10 – RM0.40 sen berbanding harga lama.

Difahamkan, syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd terpaksa membuat perubahan harga itu disebabkan peningkatan kos pengeluaran dan bahan yang di luar kawalan.

Harga bahan mentah naik 25%

Ogos lalu, Gardenia pernah memaklumkan beberapa produknya akan dijual dengan harga baharu mulai 1 September.

Pelarasan harga itu dibuat kerana pihaknya berdepan dengan cabaran pasca Covid-19 termasuk pematuhan kepada keperluan keselamatan kepada prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Selain itu, bencana banjir yang melanda kawasan Shah Alam pada Disember tahun lalu, krisis rantaian bekalan global dan pelaksanaan gaji minimum berkuatkuasa 1 Mei lalu memberi kesan ketara kepada kos operasi.

“Dalam beberapa bulan ini, Gardenia KL terkesan dengan kenaikan harga bahan mentah yang mengalami kenaikan 25 peratus.

“Selain itu terdapat faktor di luar kawalan kami. Pelaksanaan gaji minimum yang wajib dipatuhi oleh majikan, turut memberi kesan kepada kos operasi.

“Hasil daripada semakan dan analisa terperinci, Gardenia KL menyemak semula harga runcit bagi produk-produknya berkuat kuasa 1 September/

“Menaikkan harga adalah langkah terakhir selepas semua usaha bagi memaksimumkan kecekapan operasi sudah dilaksanakan terlebih dahulu.” katanya.

Sumber: Harian Metro, Sinar Harian

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!