Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa memaklumkan seramai 27 penjawat awam berdepan tindakan tatatertib tahun lalu kerana membuat kenyataan awam, termasuk mengkritik dasar kerajaan.
Beliau berkata, kes berkenaan direkodkan di bawah Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, berdasarkan data Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi tahun 2024.
Menurutnya, setiap penjawat awam tertakluk kepada Surat Aku Janji yang menggariskan kewajipan mematuhi segala peraturan, termasuk pekeliling, arahan dan perintah yang dikeluarkan kerajaan sepanjang tempoh perkhidmatan.
“Melalui surat Aku Janji tersebut, setiap pegawai awam bertanggungjawab untuk mematuhi segala peraturan, termasuk Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Perintah-Perintah Am, pekeliling, surat pekeliling, peraturan dan arahan lain yang dikeluarkan dari semasa ke semasa sepanjang tempoh perkhidmatannya dengan kerajaan.
“Kenyataan awam yang dibuat tanpa kawalan, terutama membabitkan ketepatan data, boleh menyebabkan kegelisahan awam yang tidak wajar. Setakat ini, kerajaan berpandangan peraturan sedia ada wajar dikekalkan bagi memastikan pegawai awam sentiasa menjaga tatakelakuan,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen kepada soalan Muntaz Md Nawi (PN-Tumpat).
Baca juga:
- ‘Cadangan kembalikan Dara, Amoi, Kelat wajar dipertimbangkan dengan serius’ – Arthur
- WWF-Malaysia ambil maklum kebimbangan orang ramai kebajikan tiga gajah
- GSF 2.0: Tiga delegasi Malaysia kembali ke tanah air selepas kapal rosak
Mereka yang didapati bersalah berdepan hukuman seperti amaran rasmi, denda, sekatan gred, penurunan pangkat dan pemberhentian.
Terdahulu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengingatkan penjawat awam supaya tidak menyertai Himpunan Turun Anwar di ibu negara yang dianjurkan oleh pihak pembangkang.
Sumber: Malaysia Kini




