Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kajian terbaru mendedahkan beberapa negara disenaraikan sebagai paling berbahaya untuk dilawati pada tahun 2025. Menurut laporan International SOS, negara seperti Somalia, Sudan, Sudan Selatan, dan Republik Afrika Tengah berada dalam kategori risiko keselamatan “ekstrem.”
Negara lain yang turut disenaraikan termasuk Yaman, Libya, Iraq, Afghanistan, Syria, dan Ukraine. Selain itu, beberapa negara dengan risiko keselamatan “tinggi” adalah Mali, Ethiopia, Nigeria, Republik Demokratik Congo, Pakistan, Myanmar, Papua New Guinea, Venezuela, Haiti, dan Honduras.
Penilaian berdasarkan 5 tahap risiko
Laporan ini menilai risiko di setiap negara berdasarkan keselamatan, kesihatan, dan perubahan iklim. Penilaian ini bertujuan memberi maklumat kepada pelancong dan perniagaan tentang ancaman di seluruh dunia.
Setiap negara dinilai menggunakan skala lima tahap risiko. Sebagai contoh, risiko keselamatan dinilai dari “tidak signifikan” hingga “ekstrem,” manakala risiko perubatan dari “rendah” hingga “sangat tinggi.”
United Kingdom menerima penilaian risiko keselamatan dan kesihatan yang “rendah,” tetapi menghadapi cabaran kesihatan mental dengan 15-17.5% penduduknya mempunyai masalah tersebut.

Kesan kepada negara konflik
Laporan itu juga menyebut konflik sepanjang 2024 meningkatkan risiko di beberapa negara seperti Sudan, Lubnan, Iraq, dan Myanmar. Negara seperti New Caledonia juga mengalami peningkatan risiko, dari “rendah” ke “sederhana,” akibat ketidakstabilan sosial dan ekonomi.
Pengarah keselamatan International SOS, Sally Llewellyn, berkata, “Ketegangan politik dan konflik telah meningkatkan risiko di banyak negara, terutamanya di kawasan yang terjejas oleh perang.”
Perubahan risiko perubatan
Dari segi risiko kesihatan, Bolivia kini berada dalam kategori “tinggi,” sementara Libya turun dari “ekstrem” ke “tinggi.” Menurut Dr. Katherine O’Reilly, risiko perubatan dinilai berdasarkan kualiti perkhidmatan kesihatan, ketersediaan ubat-ubatan, dan kadar penyakit.
Negara paling selamat
Negara yang dianggap paling selamat termasuk Kanada, Amerika Syarikat, United Kingdom, Sepanyol, Perancis, Maghribi, dan Vietnam. – Agensi








