Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Dua wanita tampil melakukan protes aman di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak hari ini, sebagai simbol solidariti terhadap penduduk Gaza yang kini berdepan krisis makanan yang semakin kritikal.
Menerusi video tular, mereka berdiri sambil mengetuk periuk sebagai simbol keluarga yang lapar dan jeritan ibu-ibu yang tidak lagi sanggup melihat penderitaan anak-anak Palestin.
Menurut mereka, tindakan ini dilakukan bagi menyampaikan mesej jelas kepada kerajaan Amerika Syarikat yang dilihat terus menyokong tindakan rejim Zionis, sekaligus menyumbang kepada penderitaan berterusan rakyat Gaza.

Baca juga:
- JAWI bantah penganjuran pesta air di Kuala Lumpur
- GSF 2.0 dipintas: SNCC sahkan 10 rakyat Malaysia ditahan
- Kanak-kanak jatuh longkang ditemukan, 10 km dari lokasi kejadian
“Kami dua orang ibu, dan kami sudah tidak sanggup melihat kanak-kanak mati kelaparan,”kata salah seorang daripada mereka.
Protes tersebut menarik perhatian pengguna jalan raya yang melalui kawasan tersebut, selain beberapa anggota keselamatan dilihat memantau situasi dari kejauhan.
Tindakan ini menyusul selepas laporan agensi kemanusiaan antarabangsa mendedahkan bahawa ribuan penduduk Gaza kini di ambang kebuluran akibat sekatan bantuan dan serangan berterusan.
Rata-rata netizen pula memuji tindakan dua wanita berkenaan yang bersuara demi solidariti terhadap penduduk Gaza.








