2 tempat nostalgia, PKNS Shah Alam & SACC bakal dirobohkan, netizen luah rasa sedih & kecewa | The Reporter

2 tempat nostalgia, PKNS Shah Alam & SACC bakal dirobohkan, netizen luah rasa sedih & kecewa

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Sebelum terbinanya pusat beli-belah seperti Aeon Mall di sekitar Shah Alam, kebanyakan penduduk terutamanya pelajar-pelajar universiti lebih gemar berkunjung ke PKNS, SACC Mall dan SACC.

Segala kelengkapan harian boleh didapati di ketiga-tiga lokasi tersebut.

PKNS terutamanya sangat meriah apabila tiba bulan Ramadan dan Syawal. Pelbagai pilihan kelengkapan raya boleh dibeli. Tidak lupa juga, barang kelengkapan umrah dan haji juga mudah didapati di sana.

Namun begitu, menerusi satu hantaran tular, ketiga-tiga lokasi berkenaan hanya akan tinggal sejarah dan kenangan apabila ada yang menyatakan bangunan-bangunan berkenaan akan dirobohkan.

Pengguna aplikasi X, Kenji, yang mendakwa Kompleks PKNS, SACC, SACC Mall bakal diroboh.

Ada dakwaan mengatakan ketiga-tiga bangunan tersebut akan dirobohkan kerana memberi laluan kepada pembinaan kondominium.

Kerja-kerja perobohan bangunan-bangunan tersebut katanya akan memberikan kesan langsung kepada warga Shah Alam. Susulan itu, satu perbincangan yang terperinci akan dilakukan bersama penduduk.

Model kondominium yang dikatakan bakal dibina di tapak Kompleks PKNS – Sumber: X Kenji

Keputusan tersebut ternyata membuatkan netizen kecewa kerana ketiga-tiga bangunan itu telah meninggalkan banyak kenangan yang sukar dilupakan.

Sumber: X Kenji, FB Sahabat Shah Alam, Selangor Travel

Related Posts