2 Suspek Utama Ditahan - The Reporter

2 Suspek Utama Ditahan

KOTA KINABALU – Dua suspek utama yang masing-masing berusia 24 dan 26 tahun dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan seorang remaja dan beberapa lagi rakannya cedera parah, telah ditahan, semalam. 
Dua suspek yang bekerja sebagai penarik kereta ditahan pada jam 10 pagi semalam di sebuah rumah di Batu Padang. Empat lagi suspek pekerja pusat hiburan, termasuk pengurusnya turut ditahan bagi membantu siasatan lanjut. 
Polis juga turut menemui dua senjata yang telah digunakan oleh dua suspek utama dalam kejadian jam 4.30 pagi semalam yang mengorbankan nyawa seorang remaja, manakala empat lagi cedera parah.
Polis tidak menolak kemungkin kejadian berlaku akibat perselisihan faham. 
Dua senjata yang digunakan dua suspek utama ditemui di Likas | Foto – Netizen
Mangsa maut dalam kejadian jam 4.30 pagi semalam | Foto – Netizen
Dengan penahanan enam suspek terbabit, polis yakin bahawa kes tersebut telah berjaya diselesaikan dalam tempoh enam jam.
Kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.  – The Reporter
Artikel berkaitan:
Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!