2 rider wanita maut ketika berkonvoi, salah seorang mangsa terperosok di bawah lori | The Reporter

2 rider wanita maut ketika berkonvoi, salah seorang mangsa terperosok di bawah lori

Dua wanita yang menyertai konvoi bersama rakan-rakan mereka terbabit dalam kemalangan. Salah seorang terperosok di bawah lori.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Malang tak berbau, seorang penunggang motosikal wanita dilaporkan maut dalam kemalangan dengan sebuah lori dalam kejadian di Jalan Gunung Pulai, hari ini, semasa berkonvoi.

Mangsa sebelum itu sedang berkonvoi bersama dengan rakan-rakannya dalam perjalanan menuju ke destinasi dan keadaan cuaca pada ketika itu dipercayai hujan renyai.

Menurut laporan Kosmo! Online, kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.38 pagi dan enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai, bersama dengan dua jentera telah diarahkan ke lokasi kejadian.

Tiba di lokasi, bomba mendapati kemalangan itu membabitkan sebuah lori dan dua motosikal. Salah seorang penunggang motosikal, Suria Othman, 35, berada dalam keadaan tertiarap di bawah lori.

Rakan mangsa, wanita berusia 38 tahun mengalami kecederaan. Manakala, pemandu lori pula selamat.

Video dashcam daripada lori itu juga tular di media sosial menunjukkan detik-detik terakhir mangsa dan rakannya dilihat terbabas ketika melalui selekoh di lokasi sebelum jatuh terperosok di bawah kenderaan berat itu.

Sementara itu, individu yang mengenali kedua-dua mangsa mengesahkan, mangsa kedua juga telah meninggal dunia.

“Mangsa kedua baru saja meninggal, sedekahkan Al-Fatihah kepada sahabat-sahabat saya,” kata Nany.

Sumber: Kosmo! Online, Isu Semasa

Related Posts