Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Dua pesawat pengangkut Airbus A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selamat tiba di Pangkalan Udara Tentera Diraja Malaysia (TUDM) Subang kira-kira jam 2 petang dan 2.15 petang.
Pesawat berkenaan yang berlepas ke Mesir Selasa lalu, membawa rakyat Palestin yang cedera untuk dirawat di Malaysia.
Mereka menerima rawatan awal di Hospital Medan di pangkalan berkenaan.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut menyambut ketibaan rakyat Palestin.
Terdahulu, tular hantaran beberapa individu yang berkongsikan menerusi FlightRadar 24 yang menunjukkan dua pesawat A400M yang mempunyai nombor panggilan RMF148 dan RMF147 berlepas dari Pangkalan Udara Subang sekitar pukul 7 malam pada hari Selasa.
Sebelum itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia bagi menerima rawatan.
Pengumuman itu bagaimanapun disambut baik oleh rakyat Malaysia.
Sumber: Harian Metro,Sinar Harian








