2 maut, 7 cedera akibat dirempuh lori di laluan IOI City Mall Putrajaya menghala ke Presint 12 - The Reporter

2 maut, 7 cedera akibat dirempuh lori di laluan IOI City Mall Putrajaya menghala ke Presint 12

Sumber gambar orang awam

Dua individu dilaporkan maut dalam kemalangan yang berlaku di Persiaran Utara menghala ke Presint 12, Putrajaya jam 10.20 pagi tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya berkata, kemalangan yang membabitkan enam buah kenderaan itu turut menyebabkan tujuh lagi mangsa lain mengalami kecederaan.

“Insiden melibatkan dua buah lori, dua buah kereta dan dua buah motosikal,” katanya.

Difahamkan, laluan tersebut dihentikan sementara untuk memberi laluan kepada konvoi latihan polis yang tidak membabitkan sebarang orang kenamaan.

Berdasarkan video dashcam dan kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian menunjukkan, pengguna jalan raya lain telah memberhentikan kenderaan masing-masing.

Namun lori yang menjadi punca kemalangan itu gagal berhenti lalu merempuh beberapa kenderaan di lorong kiri sebelum terbabas dan terbalik di laluan bertentangan.

Video kejadian turut tular di media sosial.

Sumber: Facebook

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!