2 lelaki sedang berjogging, dirempuh kereta terbabas - The Reporter

2 lelaki sedang berjogging, dirempuh kereta terbabas

Kredit foto: Sinar Harian

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Dua lelaki yang sedang berjoging di Taman Rimba mengalami kecederaan selepas dirempuh oleh sebuah kereta yang terbabas akibat kemalangan pada malam Jumaat lalu, sekitar jam 7.37 malam di persimpangan jalan dalam kawasan taman tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, kemalangan itu melibatkan dua kenderaan.

Salah satu kenderaan yang sedang membelok ke kanan menuju ke arah Taman Golf, telah dilanggar oleh sebuah kenderaan lain yang datang dari arah Wisma Darul Aman.

Perlanggaran itu menyebabkan salah satu kenderaan hilang kawalan dan terbabas, lalu merempuh dua lelaki yang sedang berjoging di laluan pejalan kaki.

Akibat kejadian tersebut, kedua-dua mangsa yang berusia 24 dan 25 tahun terbabit mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan.

Pemandu salah sebuah kenderaan yang berusia 79 tahun turut mengalami sakit di bahagian dada dan luka di lutut kiri, manakala pemandu kenderaan yang berusia 62 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Zon Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk menerima rawatan lanjut.

Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Kaedah 3(2)(b) Kaedah Lalulintas 1959.

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!