2 kasino Genting Highland ditutup | The Reporter

2 kasino Genting Highland ditutup

Genting Bhd Resorts World Genting dalam satu kenyataan mengumumkan penutupan dua daripada tiga kasinonya, berkuat kuasa serta-merta.

Menerusi kenyataan melalui laman web rasmi Resorts World Genting, menyatakan premis perjudian terbabit adalah Genting Casino 1 (Circus Palace) dan Genting Casino 2 (Hollywood).

Pelanggan dinasihatkan untuk mengubah hala aktiviti permainan mereka ke SkyCasino sebaliknya.

Bagi memudahkan peralihan ini, perkhidmatan ulang-alik akan disediakan untuk mengangkut pelanggan ke SkyCasino dari jam 10 pagi hingga tengah malam setiap hari.

Bagaimanapun, penutupan secara mengejut itu tidak dijelaskan.

Dalam beberapa laporan turut menyebut pelawat lebih gemar mengunjungi kasino lama selepas pandemik lalu.

Dibuka pada tahun 2017, berkemungkinan besar telah berakhirnya corak permainan atau perjudian yang lebih tertumpu kepada perjudian yang lebih moden bagi menarik minat generasi baru.

Sumber: Malaysia Gazette, Free Malaysia Today

Related Posts