Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Dua kanak-kanak lelaki, Muhammad Harith Absyar dan Muhammad Faiq, yang dilaporkan hilang di kawasan Flat 5 Tingkat, Desa Petaling, telah selamat ditemui.
Menurut sumber, dua murid Tahun Empat di SK Desa Petaling itu terdahulu keluar dari rumah kira-kira jam 2 petang untuk membeli pau. Namun, sehingga jam 7 malam mereka masih belum pulang ke rumah.
Bimbang dengan keselamatan mereka, ahli keluarga mula melakukan pencarian pada jam 7:50 malam, sebelum ditemui terperangkap dalam lif yang tersekat.


Mangsa memberitahu, mereka terperangkap dalam lif tersebut dari jam 2.15 petang hingga jam 1 pagi.
“Alhamdulillah selamat sampai rumah. Mereka tersekat dalam lif dari jam 2:15 petang hingga jam 1 pagi,” kata Fospaliza Md Sariff, ibu kepada salah seorang kanak-kanak berkenaan.
Seorang lagi bapa kanak-kanak berkenaan, Mohd Zaidi Zakaria berkata, “Terima kasih yang teramat sangat kepada insan-insan yang berhati mulia menyebarkan tentang kehilangan ini.
“Alhamdulillah mereka berdua ditemui selamat, cuma dalam keadaan lemah tak bertenaga kerana kelaparan dan kehausan. Setakat ini keadaan mereka stabil dan doakan kesihatan mereka berdua. Amin Yarabbal’alamin. Terima kasih orang baik,” katanya.








