2 aktivis Malaysia, Ardell & Haikal dirawat di Hospital Istanbul | The Reporter

2 aktivis Malaysia, Ardell & Haikal dirawat di Hospital Istanbul

Ardell Aryana dan Haikal Abdullah dirawat di hospital Istanbul selepas didakwa diperlakukan kasar tentera Zionis.
Ardell dan Haikal

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Dua aktivis Malaysia, Ardell Aryana dan Haikal Abdullah, yang menyertai Misi Global Sumud Flotilla (GSF), telah dihantar ke sebuah hospital di Istanbul untuk menerima rawatan lanjut selepas didakwa diperlakukan dengan kasar oleh tentera Zionis Israel ketika dalam tahanan.

Memetik laporan Buletin TV3, Peguam Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Fahmi Abd Moin, berkata Ardell mengalami tekanan darah rendah, rambutnya ditarik dan ditumbuk di muka, manakala Haikal mendakwa dipijak di tangan hingga menyebabkan kecederaan pada beberapa jarinya.

Selain mereka, beberapa aktivis lain termasuk PU Rahmat, Heliza dan Hazwani Helmi turut diperlakukan dengan kasar, namun kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Menurut Fahmi, CENTHRA akan mengambil keterangan rasmi semua aktivis Malaysia bagi mendokumentasikan insiden kekejaman tersebut, dan berhasrat memfailkan aduan kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC). Jika bukti mencukupi, tindakan lanjut termasuk membawa kes itu ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) akan dipertimbangkan.

Baca juga:

Sementara itu, suami kepada Ardell, Nadzmi Adhwa, turut mendedahkan bahawa isterinya mengalami kecederaan pada bahu akibat insiden berkenaan.

“Ada lagi kecederaan dekat bahu Ardell. Bahu dia koyak. Allahuakbar.

“Ardell antara yang mencuri tumpuan pada misi kali ini, sebab itu dia kena! Sebab views dia paling tinggi? Siapa cakap bukan-bukan pasal bini aku, siap! Dunia sedang memerhati!” tulisnya di platform Threads.

Hantaran Nadzmi di Thread

Sumber: Buletin TV3, Nadzmi Adhwa

Related Posts