18,000 sertai himpunan Turun Anwar, tiada kekacauan – Polis | The Reporter

18,000 sertai himpunan Turun Anwar, tiada kekacauan – Polis

Orang ramai berhimpun di Dataran Merdeka di bawah hujan dengan memakai pakaian gelap dan menggunakan payung pelbagai warna.
Sebahagian daripada 18,000 peserta Himpunan Turun Anwar yang berkumpul secara aman di Dataran Merdeka meskipun hujan turun. | Kredit gambar: Orang Awam

Tiada insiden kekacauan, polis nilai ucapan berkaitan isu 3R

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Polis Kuala Lumpur menganggarkan seramai 18,000 orang telah menyertai himpunan ‘Turun Anwar’ yang berlangsung secara aman di Dataran Merdeka hari ini, tanpa sebarang insiden kekacauan atau provokasi keterlaluan.

Menurut Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berhubung perhimpunan tersebut.

“Terima kasih kepada semua. Semuanya berjalan dengan lancar,” katanya.

Baca juga:

Polis siasat jika ada pelanggaran undang-undang

Walaupun menghargai kelancaran perhimpunan, pihak polis tetap akan menjalankan ‘bedah siasat’ ke atas ucapan-ucapan yang disampaikan, khususnya jika menyentuh hal berkaitan 3R – agama, raja dan kaum.

“Kita akan buat kajian sekiranya ada ucapan yang menyentuh 3R atau berunsur hasutan. Jika ada pelanggaran undang-undang, tindakan akan diambil,” tegasnya.

Beliau turut mengingatkan bahawa hak berhimpun secara aman dijamin dalam Perlembagaan, namun mesti dilakukan mengikut lunas undang-undang.

Mohamed Usuf menasihatkan penganjur agar lebih telus dalam merancang keperluan dan matlamat himpunan pada masa hadapan supaya pihak polis dapat membantu memastikan keselamatan awam lebih terjamin.

Sebanyak 3,000 pegawai dan anggota polis dari pelbagai unit telah dikerahkan bagi memastikan kelancaran himpunan tersebut.

Sumber: Harian Metro

Related Posts