15 individu terlibat dalam video memasak di stesen minyak, ditahan untuk siasatan - The Reporter

15 individu terlibat dalam video memasak di stesen minyak, ditahan untuk siasatan

Beberapa hari lalu tular sebuah video yang menunjukkan sekumpulan pemilik kenderaan sedang memasak mi segera di kawasan stesen minyak di Genting Highlands. Sedangkan umum mengetahui semua pengguna dilarang berbuat demikian Ketika berada di kawasan sedemikian

Difahamkan video tersebut dimuat naik pada 13 Mei lalu di TikTok dan telah menarik perhatian pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berkenaan video tersebut pada tengah hari 14 Mei.

Bertindak di atas maklumat, pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung insiden itu.

Sementara itu, Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman dalam kenyataannya berkata, 15 individu yang disyaki terlibat telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong untuk membantu siasatan.

Mereka terdiri daripada 10 lelaki dan lima wanita yang kemudian dibebaskan dengan jaminan polis setelah selesai dirakam percakapan.

Beliau juga memaklumkan, kertas siasatan sedang dilengkapkan dan empat saksi ketika kejadian juga sudah dirakam percakapan mereka bagi membantu siasatan.

Kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!