132 Rohingya lari dari Depoh Imigresen, seorang maut dalam kemalangan - The Reporter

132 Rohingya lari dari Depoh Imigresen, seorang maut dalam kemalangan

Sumber gambar: Telegram Info Semasa

Pada jam 9.50 malam Khamis, 1 Februari 2024, seramai 132 pendatang asing tanpa izin (Pati), yang kesemuanya adalah etnik Rohingya, telah melarikan diri dari Depoh Imigresen Sementara Bidor.

Menurut laporan media, mereka yang melarikan diri ini adalah tahanan di bawah seliaan Jabatan Imigresen (JIM).

Susulan kejadian itu, operasi penutupan atau ‘Op Tutup’ telah dilancarkan di beberapa kawasan, termasuk daerah Muallim, untuk mengesan dan menangkap semula PATI berkenaan.

Namun, salah seorang daripada PATI yang melarikan diri itu dilaporkan telah meninggal dunia dalam satu kemalangan yang berlaku di KM335 Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Bidor.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, telah mengesahkan perkara ini dan menyatakan bahawa kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Sumber: Malaysia Gazette, Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!