Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kejadian yang luar biasa berlaku di selatan Genting Gaza pada Jumaat lalu apabila 12 askar rejim Zionis cedera akibat disengat sekumpulan tebuan.
Menurut Pusat Perubatan Sheba di Tel Aviv, 10 daripada mereka dimasukkan ke hospital, termasuk seorang yang dirawat di unit jagaan rapi (ICU).
Kejadian ini berlaku ketika operasi yang disertai oleh Briged Divisyen Selatan di sempadan wilayah Gaza.
Sebuah kereta kebal telah merempuh sarang tebuan yang menyebabkan sebahagian anggota tentera disengat ratusan tebuan dan mengalami alahan.
Doktor di hospital tersebut terpaksa merawat kesemua mangsa yang cedera dengan bantuan unit ICU, anestesia, rawatan toksikologi dan pakar mata.
Sementara itu, laporan yang dikeluarkan oleh akhbar Haaretz mendedahkan data yang menunjukkan seramai 10 anggota Pasukan Pertahanan Israel (IDF) telah membunuh diri sejak Perang Gaza tercetus pada 7 Oktober lalu.
Kebanyakan kes melibatkan askar muda dan situasi itu telah memberi impak psikologi yang luar biasa kepada anggota IDF secara amnya.
IDF kini terpaksa menangani kecenderungan bunuh diri dalam kalangan askar mereka, termasuk dalam pasukan simpanan yang berusia dalam lingkungan 30-an dan 40-an.
Sumber: Sinar Harian