Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kantin di Sekolah Kebangsaan (SK) Chepor, Ipoh, Perak, telah diarahkan tutup selama 14 hari hingga 8 Oktober depan susulan seramai 101 murid dilaporkan mengalami keracunan makanan.
Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Feisul Idzwan Mustapha berkata, punca 101 murid mengalami keracunan makanan adalah disebabkan minuman berperisa coklat dan ayam goreng yang disediakan dari dapur kantin.
Lapor Harian Metro, minuman berperisa coklat yang dijual pada 24 September lalu dikatakan berbau masam ketik diminum. Manakala ayam goreng yang dijual pula didapati tidak dimasak dengan sempurna di mana sebahagian dagingnya masih mentah.
Berdasarkan gejala yang ditunjukkan oleh mangsa, pihaknya mengesyaki agen penyebab keracunan in iadalah Salmonella spp.
Pemeriksa di premis kantin juga mendapati tahap kebersihannya tidak memuaskan, iaitu hanya 67.9 peratus sahaja.
Media sebelum ini melaporkan seramai 101 murid SK Chepur (50 perempuan, 51 lelaki) mengalami gejala muntah, cirit, sakit perut dan demam selepas menjamah makanan dan minuman di kantin sekolah.
Seorang murid telah dimasukkan ke wad kanak-kanak Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil. 62 murid yang lain pula menerima rawatan sebagai pesakit luar di klinik kesihatan dan klinik swasta yang berdekatan dengan kediaman mangsa-masing. Pelajar lain yang mengalami simpton ringan pula berehat di rumah.
10 sampel klinikal telah diambil dari pelajar bergejala dan akan dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Ipoh untuk di analisis.








