'10-13% kes bankrap melibatkan penjawat awam' - KP Jabatan Insolvensi - The Reporter

’10-13% kes bankrap melibatkan penjawat awam’ – KP Jabatan Insolvensi

Gambar hiasan

Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (Mdl) Datuk M Bakri Abd Majid mendedahkan kira-kira 10 hingga 13 peratus daripada kes kebankrapan baharu yang didaftarkan antara tahun 2001 hingga tahun ini melibatkan penjawat awam.

Katanya, walaupun berlaku data kebankrapan nasional menunjukkan penurunan, namun data berkenaan menunjukkan trend peningkatan dari tahun ke tahun.

“Statistik kebankrapan individu daripada sektor awam adalah sebanyak 12 peratus pada 2020, 2021 (10 peratus), 2022 (11 peratus), 2023 (13 peratus) dan 14 peratus setakat ini bagi tahun ini.

“Kegagalan pegawai awam menguruskan kewangan dengan baik bukan sahaja memberi kesan kepada individu dan keluarga, malah kepada ekosistem perkhidmatan awam negara,” katanya.

Dalam pada itu beliau menyatakan, penjawat awam yang diisytiharkan bankrap, boleh dikenakan tindakan tatatertib serta hak keistimewaan yang lain juga akan turut terjejas.

“Bagi penjawat awam yang diisytiharkan bankrap, tindakan tatatertib boleh diambil akibat keterhutangan yang serius selain mencemarkan imej perkhidmatan awam, sekali gus menjejaskan peluang kenaikan gaji dan pangkat selain kelayakan pembayaran bonus dan bantuan kewangan turut terjejas,” katanya.

Selain itu, beliau turut mendedahkan terdapat juga penjawat awam yang memohon untuk diisytiharkan bankrap atas sebab untuk mengurangkan tekanan hutang yang berpanjangan.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!