Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Malaysia terkenal dengan kepelbagaian budaya dan kaum. Oleh yang demikian juga, pelbagai perbezaan jenis budaya, makanan, lagu dan pakaian dapat dilihat dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Kebiasaannya perkahwinan setiap kaum itu berbeza. Bagaimanapun, kemeriahan majlis perkahwinan pasangan pengantin baru ini menjadi tarikan ramai.
Pasangan pengantin Melayu ini bukan hanya diraikan dengan paluan kompang dan silat, sebaliknya tarian singa dari kaum Cina dan pakulan tabla dari kaum India turut mewarnai majlis perkahwinan mereka. Pengantin juga dikalungkan dengan bunga malai.
Tidak terhenti disitu sahaja, pasangan berkenaan diraikan pula dengan sekumpulan lelaki India yang memukul gendang ‘urumi melam’. Bukan hanya pasangan pengantin, kelihatan tetamu yang hadir turut meraikan kemeriahan suasana majlis berkenaan.
Memetik laporan daripada WeirdKaya pula, seorang kenalan pasangan pengantian berkenaan menyatakan bahawa persembahan itu adalah kejutan sepenuhnya buat pasangan pengantin baru itu.
“Kami telah merancangnya dengan teliti untuk mengejutkan kedua pasangan tu. Sebagai rakan-rakan, niat kami adalah untuk menjadikan hari perkahwinan mereka cukup indah dan meriah.
“Sebagai sebuah masyarakat berbilang kaum, saya fikir ini adalah kejutan terbaik bagi pasangan itu dan tetamu,” katanya.
Katanya juga, bagi mewarnai lagi persembahan itu, majlis turut diadakan di Dewan Hang Tuah iaitu tempat bersejarah dan berbudaya yang terletak di Melaka.
Ramai yang mengkagumi usaha yang dibuat menerusi persembahan yang diaturkan dalam majlis perkahwinan pasangan itu selain mencerminkan penyatuan hati dan budaya pelbagai kaum di Malaysia.
Sumber: mizieayu8788








