Zuraida dedah konflik dalaman PKR sebelum Langkah Sheraton | The Reporter

Zuraida dedah konflik dalaman PKR sebelum Langkah Sheraton

Zuraida dakwa ada konflik dalaman dalam parti PKR sebelum tercetus Langkah Sheraton.
Zuraida Kamaruddin

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zuraida Kamaruddin mendedahkan wujud konflik besar dalam kepimpinan tertinggi parti PKR sebelum terjadinya Langkah Sheraton.

Menurutnya, Anwar ketika itu didakwa tidak mengambil pendirian neutral dalam pemilihan parti, sebaliknya berpihak kepada calon tertentu.

“Sebagai presiden baharu, dia sepatutnya neutral. Tapi dia hubungi bahagian, minta sokong calon pilihannya. Itu yang buat kami marah,” katanya.

Walaupun kem beliau akhirnya memenangi majoriti dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP), termasuk jawatan Timbalan Presiden yang disandang Azmin serta Naib Presiden, ketegangan tetap berlarutan.

Katanya, kemenangan besar kumpulannya dalam MPP sepatutnya membuka ruang kompromi, namun perkara itu tidak berlaku.

“Kita fikir bila menang, kita boleh nego dan kompromi. Tapi tak jadi. Banyak sesi perbincangan dengan dia, termasuk sebelum AGM di Melaka, tapi semua tak dilaksanakan,” ujarnya.

Beliau turut mendakwa, Anwar enggan memberi ruang dalam pelantikan jawatan negeri dan sebaliknya mengangkat individu seperti Farhash, walaupun terpalit kontroversi.

“Saya pernah bertemu Anwar dan membangkitkan soal pelantikan individu tertentu seperti Farhash. Kenapa melantik orang luar yang tidak dikenali, malah terpalit isu polis dan pistol, sedangkan beliau boleh memilih tokoh-tokoh berpengalaman seperti ABIM atau daripada kalangan orang lama,” jelasnya.

@muafakatlive

Siapa Farhash dan bagaimana dia menjadi orang kuat Anwar? #bicaramuafakat #siri35

♬ original sound – Muafakat – Muafakat
Baca juga:
Pergolakan dalam kerajaan

Menurutnya, ketegangan bukan sahaja berlaku dalam parti, malah turut merebak ke dalam kerajaan ketika itu.

Beliau berkata, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri tidak lagi mampu bertahan dengan DAP, yang dianggap terlalu lantang mencabar kedudukannya.

“Kalau dengan UMNO, Tun boleh control sebab ada Muhyiddin dan orang lama. Tapi dengan DAP, mereka berani lawan direct dengan PM. Itu salah satu sebab utama juga,” katanya.

Beliau menambah, ketika itu sokongan terhadap Pakatan Harapan (PH) juga merudum apabila kalah beberapa pilihan raya kecil, termasuk di Tanjung Piai.

“Kita dah hilang power base. Kerajaan goyah, menteri-menteri semua baru belajar. Dalam keadaan macam tu, Anwar pula sibuk nak tukar itu dan ini. Jadi, berlakulah pergolakan besar dalam parti, dalam kabinet, dan dengan Tun sendiri,” katanya.

@muafakatlive

Konflik dalaman PKR sebelum terjadi Langkah Sheraton. #bicaramuafakat #siri35

♬ original sound – Muafakat – Muafakat
Langkah Sheraton

Pendedahan itu menguatkan lagi gambaran bahawa konflik dalaman parti dan pergeseran antara kem Anwar serta kem Azmin menjadi titik mula kepada episod Langkah Sheraton, yang akhirnya meruntuhkan kerajaan Pakatan Harapan pada Februari 2020.

Sumber: Podcast Muafakat

Related Posts