Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Sebuah zoo di China, Zoo Shanwei menjadi perhatian ramai apabila bertindak mengecat anjing di zoo berkenaan menyerupai panda.
Pihak pengurusan zoo berkenaan mengakui mereka berbuat demikian apabila rakaman haiwan berkenaan mula tular yang menyebabkan timbul persoalan dan juga persepsi dalam kalangan pengunjung zoo.
Zoo tersebut pada mulanya cuba mendakwa bahawa anjing-anjing itu adalah satu baka unik panda yang dipanggil “panda anjing.”
Bagaimanapun, selepas tular, “panda” tersebut adalah anjing baka Chow Chow yang telah diwarnakan dengan cat putih dan hitam.
Dalam rakaman video tular, salah seekor “panda” kelihatan seperti tercungap-cungap dan menjelirkan lidah di tepi kolam.
Menerusi beberapa laporan, ini bukan kali pertama zoo di negara berkenaan bertindak demikian.
Terdahulu, Zoo di Wilayah Jiangsu dilaporkan mewarnakan dua ekor anjing bagi menyerupai panda.
Sumber: Collin Rug








