'Yang single jangan tengok' - Netizen tag PDRM & JPJ, gesa ambil tindakan terhadap pasangan ini - The Reporter

‘Yang single jangan tengok’ – Netizen tag PDRM & JPJ, gesa ambil tindakan terhadap pasangan ini

Tular video sepasang suami isteri duduk berpelukan ketika si suami sedang sibuk memandu, mengundang perhatian netizen.

Difahamkan, video berdurasi 32 saat itu dimuat naik sekadar untuk menunjukkan kemanisan berumah tangga. Namun, perbuatan itu dikecam netizen kerana ia boleh mengundang bahaya.

Video yang dikongsikan di laman X itu, dipenuhi dengan komen-komen netizen yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pasangan terbabit.

“Disebabkan bini nak buat content tak berfaedah seperti ini, tak pasal-pasal laki kena angkut nanti. Pastu buat content kata dianiaya oleh pihak berkuasa,” kata LaPoca.

“Ustaz-ustaz ada ceramah, kemesraan suami isteri adalah haram dipertontonkan kepada umum. Benak betul,” kata Hazwan.

“Biasa yang suka show off ni dia tak betul-betul bahagia pun. Itu yang try hard nak tunjuk kat orang. Dia overthinking bila tengok pasangan lain nampak sweet depan-depan. So dia tak nak kalah,” kata Beluncas.

Sumber: X

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!