'Ya kami sudah bercerai' - Emma Maembong | The Reporter

‘Ya kami sudah bercerai’ – Emma Maembong

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Dunia hiburan tanah air sekali lagi dikejutkan dengan pengumuman pelakon terkenal, Emma Maembong, yang mengesahkan beliau dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar, telah bercerai.

“Ya kami sudah bercerai dan saya sudah tamat tempoh idah,” katanya memetik laporan dari Harian Metro, Isnin, 7 Oktober 2024.

Menurut Emma, keputusan untuk tidak menghebahkan perpisahan mereka lebih awal adalah untuk menjaga emosi dan kesejahteraan anak-anak.

“Saya sebolehnya cuba menutup kisah peribadi saya. Saya masih memuat naik foto bersama bekas suami di Instagram hanyalah untuk menjaga emosi anak-anak, supaya mereka tidak terkesan dengan perpisahan ini.

“Kami mahu mereka membesar dalam persekitaran yang stabil dan penuh kasih sayang, walaupun kami tidak lagi bersama sebagai pasangan suami isteri,” katanya.

Bekas suami Emma, Shazli, turut memberikan kenyataan yang senada, menekankan bahawa urusan jodoh adalah ketentuan Allah dan mereka menerima perceraian ini dengan hati yang terbuka.

Related Posts